About Me

My photo
Tukang komplen, orang IT

Saturday, March 19, 2011

Komputer aku down

Dah lama sangat aku tak update blog aku nih. Banyak perubahan yang jadik especially kat hardware komputer aku. Sekarang aku guna:
  • AMD Phenom II 955 Black Edition 3.2GHz
  • MSI 770-C45 AM3 DDR3
  • 2x2GB DDR3 1333MHz Patriot RAM
  • Galaxy 8600GT OC Edition 256MB
  • Western Digital Caviar Black 1TB
  • Seasonic S12E 650 Watt PSU
  • Thermaltake V3 Black Ed casing
  • hardware2 lain, std. jek
Masalahnya sekarang, komputer aku down...aku update BIOS, dgn harapan lebih stabil kalau nak OC, dan kalau ada rezeki boleh tukar CPU PII X6...tapi tak boleh boot pulak. Aku nak boot daripada disket, tapi aku rasa disket punya drive ada prob laa...lagi satu prob, power supply aku pon jadik kong lepas aku asyik reset PC aku.

Sekarang, aku kena uruskan RMA motherboard dgn PSU aku, tapi tukang jual kat forum Low Yat tu macam malas-malasan jek...aku pon jadik malas sama. Sekarang ni aku guna laptop yg masih "on loan" ....Core i5 460M, 2x2GB DDR3....ok lah, walaupun tak selaju desktop PC aku, better this than no PC at all...

Thursday, March 25, 2010

Transmute

Apakah Transmute? Transmute merupakan satu aplikasi percuma yang membolehkan pengguna memindahkan Bookmark/Favorites dalam komputer tersebut.

Pengguna cuma perlu muat turun perisian percuma ini dan ekstrak terlebih dahulu fail zip tersebut. Selepas itu, sila double click mana-mana fail untuk memulakan pemasangan. Selepas selesai pemasangan perisian ini, jalankannya seperti biasa.

Anda boleh memilih mana-mana pelayar web yang digunakan untuk dieksport Bookmark/ Favorite. Buat masa ini, hanya pelayar yang tersenarai sahaja yang disokong. Antara pelayar web yang popular adalah Google Chrome, Mozilla Firefox, Apple Safari dan Opera serta tidak ketinggalan Internet Explorer dan Chromium. Jika kebetulan anda menggunakan pelayar ChromePlus (pelayar berasaskan Chromium), sokongan masih belum ada buat masa ini.

Perisian ini kecil sahaja, tidak menggunakan ruang storan yang besar, tidak memberatkan komputer anda dan bersih daripada virus dan malware.

Selamat mencuba!

Thursday, July 23, 2009

Nak manage fail/ folder kat banyak tempat

*Link ke download page, sila klik title post nih

Malas nak citer panjang, kalu korang selalu kena buka banyak window Explorer/ folder, aku caadngkan pakai software nih...Freeware dan senang pakai.


Dah nama dia Q-Dir, so dia bole ada sehingga 4 window dalam 1 main window. Syok pakai software nih, kejap je keje aku kalau nak copy antara beberapa folder....


Macam mana nak urus aplikasi startup

Korang perasan tak, kalu da start komputer tu, bila nak masuk desktop Windows, punya la lembab..... dengan antivirus, driver printer, driver scanner, updater2 utk Adobe Reader & software2 len...... pergh..... lambat betul....kalu korang nak buang aplikasi2 yang tak perlu.... pakailah Autoruns....

Selepas sedut dari website dier, just unzip (unpack, unRAR, ikut software pe la korang pakai), kendian run autoruns.exe. Aku cadangkan klik kat tab Logon & Services, tak panjang sangat list.


Korang akan nampak banyak entry....JANGAN SEBARANGAN KLIK! Kang tak pasal2 ada software yang tak bole jalan kang.. Cadangan aku (untuk disable software dari run kat startup)
  1. Adobe optimisation ataupun updater
  2. Canon printer toolbox
Ni antara benda yang femes yg ada kat pc customer2 aku yg terdahulu...untuk benda2 len...koran kena gak tau apa fungsi proses2 tuh...especially kat tab Services tuh. Kalu pakai dekstop, boleh la matikan automatic configuration for 802.11 adapters (WiFi) dgn ATi punya servis.... kalu laptop jangan nak pandai2 matikan, kang xle wireless & xle kuar apa kat projektor LCD, tanggung sndri laa....


Tak boleh eject USB Drive, delete fail dll?

*Klik title post nih utk g ke download page software Unlocker



Ada besa jumpa prob nih? Tengah nak cepat, alih2 bila nak eject USB dribe (pendrive la tuh, portable hard disk pon bole jadi gak) ataupon nak delete fail2 penting/ rahsia (ehem!), tapi x boleh pulok..... apa korang buat? Cabut jer usb drive tuh? Watnye Windows tengah wat something kat fail tuh, tak ke naya kalau fail tu rosak? Jangan gelabah kalau assignment/tesis yang korang wat sampai tgh2 malam (copy paste dari Internet je tuh!) jadi kurapsi.....

Haa.....bagi computer junkies, diorang mungkin da besa jumpa software nih, tapi bagi yang len, ni kau nak kenalkan. Software ni nama dia Unlocker.... korang sedut jer dari website dia, then install.... just tekan Next...Next....sampai la abis...

Bila da setel, kalau korang klik kanan atas apa2 fail, korang akan nampak ikon "tongkat sakti" (yang macam Harry Potter punya wand tuh) dengan label Unlocker.



Cara nak guna senang jer...
  1. Kalu tak boleh eject usb drive, kat My Computer, klik kanan kat atas usb drive tu, then unlock. Tekan button Unlock all untuk stopkan servis2 Windows atau aplikasi yang tengah hold fail tuh... Kalu degil gak, klik proses degil tuh, tekan Kill process... tapi hati2! Takut ada mudharat skit....
  2. kalu kat fail, lebih kurang gak caranya....ikut cara kat atas (aku malas taip balik sebenaonye)

Secara alternatifnya, korang bole nampak aplikasi atau proses apa yg tgh hold fail korang, so korang bole la stop sendiri aplikasi tuh, mana la tau terlupa tutup n save fail Word tuh......

Tuesday, July 21, 2009

Salam sumer!

Salam dan selamat sejahtera..... oklah, malas nak merepek panjang....aku rasa da banyak blog yang lebih kurang macam blog aku nih, tapi xpela, aku nak meriahkan scene...

Aku ni bukan la pandai sangat komputer....just nak kongsi dgn saper2 yang sudi baca dan guna cara & tools yg aku besa pakai....korang pon bole la post apa2 prob, kiter sumer sama2 cari penyelesaian.... selain tu, korang2 pon bole sumbang/ contribute kat blog ni, so kaum2 kita ni tak la kena kuar duit utk anta komputer ke kedai....dah selalu sangat aku tengok orang kita kena kuar banyak duit semata-mata nak setel prob yang snang jer nak setelkan....

So...solamat menyumbang (jangan wat sumbang dah laa) kat blog nih.....

*erm...jangan pakai bahasa pelik2 tau..... aku buang je nanti....